Saturday, October 3, 2015

Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan?

Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan? - Hallo sahabat Resepi Makanan Bayi, Pada sharing kali ini yang berjudul Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan?, saya telah menyediakan informasi tentang resepi, makanan bayi dan informasi lainnnya. Mudah-mudahan Artikel yang saya tulis ini dapat berguna untuk anda.

Artikel : Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan?
Link Artikel : Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan?

Mungkin anda juga anda ingin membaca yang ini :


Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan?

Assalammualaikum..


Semalam baru je menghadiri meeting perinatal mortality (kematian bayi) bg peringkat daerah. Jadi, rasa terpanggil nak kongsi ilmu sikit tentang penjagaan kandungan.

Masih ramai para ibu di luar sana yang kurang mengambil berat akan perihal kandungan dengan alasan sibuk..tidak sedar..tiada tanda alahan dan sebagainya.

1)Awal scan
Kita mesti lah keep track tarikh datang period. Kebiasaannye para doktor akan tanya LMP(last menstrual period) anda. LMP  ialah hari pertama datang haid pada pusingan haid yang terakhir. Kenapa ianya penting? Sebab melalui LMP, doktor dapat tentukan tarikh kelahiran bayi iaitu EDD ( estimated due date). Ramai ibu yang sambil lewa ingat-ingat lupa akan tarikh last period.

Bagi para ibu yang period tidak tetap..adalah dinasihatkan untuk check upt(test mengandung).

Apabila upt positive, baik period anda regular/tidak regular, adalah dinasihatkan untuk terus daftar kandungan anda di klinik kesihatan berhampiran sebaik baiknya sebelum 12minggu.


Para ibu akan di scan pada awal kandungan. Scan di awal kandungan ini penting bg memastikan kandungan di dalam rahim. Hal yg demikian kerana kandungan di luar rahim adalah bahaya dan membawa risiko pendarahan dan kematian pada ibu. Selain dari itu, scan awal membantu menentukan tarikh EDD dengan lebih tepat.

Usia kandungan dari LMP ke EDD adalah 40minggu. Jadi adalah adalah penting pada awal kandungan untuk memastikan tarikh EDD yg tepat, supaya para doktor dpt memastikan pembesaran bayi mengikut trimester yg sepatutnya.

2) Ujian darah
Apabila kandungan di daftarkan beberapa ujian darah akan dijalankan. Berikut saya cuma menerangkan secara asas sahaja.

1-FBC (full blood count):
• dapat menentukan kandungan hemoglobin (Hb) samada normal ataupun anemia(kurang darah merah yg mana Hb < 10)
•MCH-kandungan MCH normal ialah > 27.sekiranya kurang dari 27,para ibu memerlukan rujukan ke doktor. Setelah di evaluate, sekiranya perlu ujian untuk Hb analysis akan diminta untuk ujuan thalassaemia.

P/S: Thalassaemia adalah masalah darah dalam keturunan. Yang mana sekiranya para ibu menghidapi thalassaemia, suami juga harus di saring bagi memastikan risiko berkemungkinan bayi mendapat thalassaemia major.hal yang demikian kerana ianya dpt menyebabkan hydrops fetalis ( yg mana bayi berkemungkinan mati dalam kandungan).

3- infective screening: HIV/VDRL/TPHA

3)Saringan kencing manis ketika mengandung.

Saya tahu ramai yang tidak suka akan air gula. Tetapi tahukah anda, mengesan kencing manis ketika mengandung adalah penting untuk mengesan samada para ibu sudah menghidap kencing manis SEBELUM mengandung lagi (diabetic complicating pregnancy) atau menghidap kencing manis KERANA mengandung (GDM gestational diabetis mellitus).

Ujian akan dijalankan diawal kandungan.

Ujian urine glucose/alb (albumin).
Ini adalah ujian air kencing bagi mengesan kandungan gula dan protein dalam air kencing. Sekiranya kandungan gula positif, para ibu adalah dinasihatkan untuk membuat ujian MOGTT( minum air gula) untuk mengesan kencing manis.

Ujian MOGTT
Ujian ini mengikut negeri masing-masing. Ada yang kene minum 2kali, ada 3kali. Biasanya 2kali lah iaitu pada usia kandungan 14minggu dan 28minggu.

Pada siapa ujian ini dijalankan?
a)Bagi yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis yang mana ibu dan ayah anda penghidap kencing manis
b)Berumur 25tahun@35tahun ke atas (mengikut negeri)
c)sejarah kencing manis dalam kandungan yang lepas
d) sejarah pernah melahirkan bayi besar  iaitu berat bayi  >3.5kg/ >4.0kg (mengikut negeri).
e)positif gula dalam air kencing
f)berat naik mendadak dakam masa sebulan 2kg in 1 month
g)scan rahim menunjukkan air ketuban banyak (polyhydramnion).

Tidak pasti tarikh last period?
Buat para ibu yang tidak pasti tarikh last period (USOD-unsure of date), scan akan dibuat. Kemudian scan akan diulang 2minggu lagi untuk memastikan tarikh edd yg diberi adalah tepat.

Di klinik tempat saya praktis, kami mengamalkan scan yang wajib sebanyak 3kali-4kali..pada awal kandungan, pada usia kandungan 28 minggu, 36minggu,pada tarikh EDD sekiranya ibu belum bersalin.

Ibu yang menghidap GDM on diet control perlu melahirkan bayi pada usia kandungan 40minggu.

Manakala GDM on insulin, perlu melahirkan bayi pada usia 38minggu.

Diharap entri ni dapat memberi pencerahan dan ilmu tentang kepentingan dan fungsi "check perut". InsyaAllah akan datang sy akan kongsikan masalah di awal kandungan seperti seperti pendarahan di awal kandungan dan apa yg ibu perlu lakukan.

Demikianlah Artikel Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan?

Sekian informasi tentang Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan?, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua.

Anda sedang membaca artikel Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan? dan artikel ini url permalinknya adalah http://resepi-makananbayi.blogspot.com/2015/10/di-awal-kandunganapa-yang-ibu-perlu.html Semoga artikel ini bisa bermanfaat.
Di awal kandungan..apa yang ibu perlu lakukan? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment